Thursday, 23 June 2016

HATI❤

Hati❤

Apabila terluka menangislah..

Apabila tersakiti bersabarlah..

Apabila dikhianati berdoalah..


Hati❤

Tak semua yang ada mendengar kita..

Tak semua yang ada menerima kita..

Tak semua mampu ada dengan kita..


Hati❤

Setiap hari kau dengan emosi..

Setiap hari kau dilukai..

Tapi kau juga tahu kau kuat..


Hati❤

Hari ini kau rasa sesuatu yang lain..

Hari ini kau rasa sesuatu yang tak boleh ungkap kata-kata..

Hari ini dan saat ini..hati ini berdebar tanpa tahu maksud debaran tersebut..

Debaran yang tak mungkin akan hilang buat sekian hari?..

Tapi kau hati yang cuba melupakan sakit debaran tersebut..


Hati❤

Walaupun kau penyebab air mata sentiasa jatuh..

Walaupun kau penyebab aku lelah..

Walaupun kau penyebab aku hilang semangat untuk hidup..

Walaupun kau penyebab aku hilang kata2 untuk satu ketenangan..

Kau Tetap pulih dengan waktu ..


Hati❤

Bersabarlah untuk aku..

Kerana ada yang esa menunggu yang bersabar..

Jangan mudah mengalah..

Jangan mudah menangis..

Jangan mudah jatuh..

Kerana Allah sentiasa disisi..